Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) Bilangan 2 Tahun 2026 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
2 Julai 2026
Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) Bilangan 2 Tahun 2026 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diadakan pada hari ini dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu-isu yang dibangkitkan sama ada oleh Unit Audit Dalam atau Jabatan Audit Negara bagi memastikan tindakan pembetulan (corrective) dan pencegahan (preventive) diambil untuk mengelakkan kelemahan yang sama berulang. Mesyuarat turut memberi penekanan terhadap tatakelola yang baik (good governance) dan nilai faedah yang terbaik (best value for money) bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan akauntabiliti penyampaian perkhidmatan KPWKM.
KPWKM terus komited memperkukuhkan sistem tadbir urus kewangan yang berintegriti, selaras dengan prinsip akauntabiliti dan ketelusan dalam perkhidmatan awam.