Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara 2026
15 Januari 2026
Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tahun 2026 menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga perkhidmatan awam atas komitmen serta pengorbanan berterusan dalam memenuhi ekspektasi yang digariskan, di samping cekal menghadapi pelbagai cabaran sebagai penjawat awam.
Bertemakan “Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi”, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan bahawa fokus dan keutamaan tahun 2026 adalah untuk mempercepatkan pelaksanaan urusan serta menghasilkan impak yang lebih bermakna, selari dengan usaha memperkukuh Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam.
Beliau turut menggesa seluruh penjawat awam agar terus mempermudah urusan rakyat melalui pengoptimuman penggunaan fasiliti agensi kerajaan, di samping meningkatkan komitmen dan kecekalan dalam melaksanakan tugas demi memperkasakan perkhidmatan awam serta memperkukuh nilai dan integriti diri.
Penjawat awam di bawah KPWKM bersama semua agensi berkaitan akan terus menzahirkan komitmen penuh dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta menyokong agenda yang digerakkan oleh KSN, sejajar dengan usaha mencapai matlamat yang selari dengan visi dan misi kementerian.
Mewakili KPWKM ke Majlis Amanat tersebut ialah YBrs. Encik Mohd Daud Md. Ariff, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, bersama barisan Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif jabatan serta agensi di bawah
KPWKM.