LENSA KPWKM

PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 KUALA TERENGGANU SIRI 4 – GEGAR PASAR KEDAI PAYANG!

Program      10 Julai 2025      Terengganu    

Program MADANI Rakyat 2025 Kuala Terengganu Siri 4 – Gegar Pasar Kedai Payang!

10 Julai 2025

Program Madani Rakyat 2025 kini berlangsung dengan penuh meriah di Pasar Kedai Payang, Terengganu dari 10 hingga 12 Julai 2025. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut mengambil bahagian dan tampil menyerlah dengan penglibatan aktif Agensi dan Jabatan di bawahnya seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), LPPKN dan Talian Kasih yang membuka reruai menawarkan pelbagai khidmat secara langsung, sokongan emosi, pemeriksaan kesihatan serta bantuan kesejahteraan keluarga kepada para pengunjung.

Sebanyak 24 reruai terdiri daripada Kementerian, PSUK Negeri dan Agensi seperti KPM, CIDB, SUK Terengganu dan KKR turut serta dalam program ini demi menyantuni rakyat.

Program turut diserikan dengan 38 sesi libat urus pentas, 127 interaksi ‘touchpoint’ rakyat, 8 program satelit, 16 usahawan dalam Jualan MADANI, 14 majikan mini karnival kerjaya, serta 7 Perkhidmatan Bergerak.

Ini adalah peluang terbaik untuk berinteraksi secara langsung dengan pelbagai agensi kerajaan dan menikmati inisiatif MADANI yang benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Jom hadir beramai-ramai dan rasai semangat Malaysia MADANI bersama komuniti Terengganu!

ATAS
Accessbility Option