Sesi Latihan Pentadbir Portal Rasmi KPWKM
23 -25 Julai 2025
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KPWKM telah menganjurkan Sesi Latihan Pentadbir Portal Rasmi KPWKM untuk meningkatkan kefahaman serta kecekapan dalam mengurus kandungan portal secara lebih sistematik, responsif dan mesra pengguna.
Latihan ini telah disertai oleh wakil-wakil pentadbir sistem dan kandungan daripada unit dan bahagian-bahagian di bawah KPWKM antaranya Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik.
Penaiktarafan portal ini merupakan salah satu usaha KPWKM dalam memperkukuh sistem penyampaian maklumat berasaskan digital, sejajar dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan awam serta keperluan komunikasi strategik yang berkesan kepada rakyat.
Tahniah kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti latihan selama tiga hari ini. Diharapkan semua pentadbir portal dapat memainkan peranan penting dalam memastikan maklumat Kementerian sentiasa dikemas kini, tepat dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.