Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Johor
23 Mei 2025
YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada hari ini telah menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Johor di Kota Iskandar, Johor. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang membincangkan isu dan cabaran serta hala tuju projek-projek pembangunan di Negeri Johor.
Merujuk kepada projek di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Rolling Plan Kelima (RP5), terdapat lima (5) projek pembangunan KPWKM di Negeri Johor. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:
???? Meroboh dan Membina Baharu Rumah Seri Kenangan Johor Bahru
???? Membina dan Menaiktaraf Kuarters Institusi JKM di Desa Bina Diri Mersing
???? Membina Kompleks Penyayang Kempas,
???? Membeli dan Mengubahsuai Mini Depoh Keperluan Bencana JKM.
???? Menaiktaraf lima (5) Pusat Aktiviti Warga Emas
Jumlah keseluruhan peruntukan tahun semasa bagi kesemua projek adalah sebanyak RM17.08 juta.
Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Ketua - Ketua Setiausaha dan Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan dan Negeri Johor.