LENSA KPWKM

MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS REFORMASI AGENSI (STAR) BILANGAN 7 TAHUN 2025

Mesyuarat      18 Ogos 2025      Putrajaya    

PENERIMAAN SIJIL PENGHARGAAN ATAS KEJAYAAN PELAKSANAAN PROGRAM REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB): PROJEK MENINGKATKAN AKSES PEMBELAJARAN KURSUS BIDANG KERJA SOSIAL MELALUI PENDIGITALAN SEMASA MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS REFORMASI AGENSI (STAR) BILANGAN 7 TAHUN 2025

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah menghadiri Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bilangan 7 Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 18 Ogos 2025. Semasa mesyuarat ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menerima Sijil Penghargaan atas kejayaan pelaksanaan Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB): Projek Meningkatkan Akses Pembelajaran Kursus Bidang Kerja Sosial melalui Pendigitalan (Sistem EPESSO - Pembelajaran Perkhidmatan Sosial).

Pelaksanaan projek ini adalah selari dengan matlamat Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) 2024-2030 bagi menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan KPWKM yang secara tidak langsung membantu dalam peningkatan produktiviti dan daya saing negara. Pembangunan Sistem EPESSO oleh Institusi Sosial Malaysia (ISM) ini memberikan pelbagai impak positif kepada KPWKM dan masyarakat dalam bidang kerja sosial antaranya adalah:

-Menggalakkan pembelajaran kendiri dan lifelong learning secara lebih fleksibel dan boleh diulang untuk keberkesanan latihan

-Memperluaskan lagi akses kepada kursus dalam bidang kerja sosial di seluruh negara termasuk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak

-Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan kebolehupayaan komuniti dalam pengurusan sosial melalui pertambahan tenaga kerja sosial yang terlatih

-Menjimatkan kos pematuhan latihan asas kerja sosial untuk jangka panjang kepada kementerian (melebihi RM100,000 setahun selepas tahun pertama pelaksanaan)

-Memantau dan menganalisis data latihan secara bersistematik melalui dashboard digital dan laporan automatik kementerian

ATAS
Accessbility Option