LENSA KPWKM

KPWKM TERIMA PENGIKTIRAFAN KEJAYAAN PELAKSANAAN PROJEK BERIMPAK TINGGI DI BAWAH REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB)

Program      29 Jun 2026      Putrajaya    

KPWKM Terima Pengiktirafan Kejayaan Pelaksanaan Projek Berimpak Tinggi di bawah Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB)

29 Jun 2026

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah menghadiri Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi menerima Sijil Penghargaan atas kejayaan KPWKM melaksanakan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang berimpak tinggi. Penyampaian sijil penghargaan ini telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar Ketua Setiausaha Negara.

Majlis ini menjadi platform untuk menghargai sumbangan penjawat awam sebagai pemacu reformasi, memupuk budaya inovasi, produktiviti serta mengiktiraf penerokaan teknologi kecerdasan buatan (AI). Selain itu, pelaksanaan projek RKB turut menyumbang kepada pengurangan beban peraturan serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

Dua projek utama KPWKM yang berjaya mendapat pengiktirafan daripada Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) ialah:

* Integrasi Sistem iSPEKS dan Sistem eBantuanJKM yang telah diusahakan oleh Bahagian Akaun, KPWKM serta Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meningkatkan kecekapan pembayaran Bantuan Am Negeri kepada penerima bantuan.

* Projek Meningkatkan Akses Pembelajaran Kursus Bidang Kerja Sosial melalui Pendigitalan (Sistem EPESSO - Pembelajaran Perkhidmatan Sosial) di bawah Institut Sosial Malaysia (ISM). Usaha ini telah membuka akses yang lebih luas kepada kursus bidang kerja sosial, memperkasakan lebih ramai pelajar dan profesional dalam landskap perkhidmatan sosial negara (Sijil pengiktirafan telah diterima pada 18 Ogos 2025)

Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada KPWKM untuk terus meningkatkan dan menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan serta prestasi kerja selari dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA).

ATAS
Accessbility Option