LENSA KPWKM

JELAJAH PUSAT SOKONGAN SOSIAL SETEMPAT BERGERAK YKN, LAHAD DATU

Program      22 Mei 2025      Sabah    

Jelajah Pusat Sokongan Sosial Setempat Bergerak YKN, Lahad Datu

22 Mei 2025

Konvoi Kembara KASIH KPWKM memulakan kembara hari pertama bagi Zon 2 dengan menjelajah ke Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Bergerak YKN yang dibuka di perkarangan Dewan Faridah Hanum Sapaga, Lahad Datu.

Dengan membawa mesej ‘Sa Dengar, Sa Tulung Bah’, PSSS Bergerak ini adalah inisiatif KPWKM melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk menyantuni masyarakat serta memperkukuh sokongan kepada mereka yang memerlukan bantuan emosi dan psikososial.

Pelbagai perkhidmatan disediakan termasuk perkhidmatan kaunseling, intervensi, dan terapi sokongan (relief therapy) bagi membantu komuniti yang berdepan isu kesihatan mental.

Usaha ini turut mendapat sokongan YBrs. Tuan Firuz Idzualdeen@Benetty, Pegawai Daerah Lahad Datu yang sudi mengunjungi trak PSSS Bergerak ini, seterusnya menandatangani plak simbolik Jelajah Kasih PSSS @ Sabah. Beliau bersama YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha turut menyarungkan ‘vest’ kepada wakil-wakil sukarelawan komuniti dan kaunselor berdaftar.

ATAS
Accessbility Option