LENSA KPWKM

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN PERSARAAN TAHUN 2026 KPWKM

Program      24 Jun 2026      Putrajaya    

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Persaraan Tahun 2026 KPWKM

24 Jun 2026

Setiap usaha yang dicurahkan dengan penuh dedikasi pasti membuahkan hasil. Hari ini, kecemerlangan warga KPWKM diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Persaraan Tahun 2026 KPWKM sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka yang telah banyak menyumbang dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada kementerian dan negara.

Tahniah dan syabas kepada semua 642 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 yang diraikan pada hari ini. Penerima anugerah pada tahun ini terdiri daripada 24 orang warga Kementerian KPWKM, seorang daripada Tribunal Bagi Antigangguan Seksual (TAGS), 6 orang daripada Institut Sosial Malaysia (ISM), 18 orang daripada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), 73 orang daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta 520 orang daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Majlis hari ini turut meraikan 206 orang pesara yang telah banyak berjasa dan menabur khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan.

KPWKM telah mencatat pelbagai pencapaian yang membanggakan sepanjang tahun 2025. Semua kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa komitmen, kerjasama dan semangat kerja berpasukan seluruh warga kementerian. Para penerima APC yang diraikan pada hari ini merupakan antara individu yang telah menyumbang secara signifikan kepada kejayaan-kejayaan tersebut.

Semoga kecemerlangan yang diraikan pada hari ini terus menjadi pemangkin kepada budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti dan berteraskan nilai kemanusiaan. Pengiktirafan ini sekali gus mencerminkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan penjawat awam sebagai tunjang pembangunan dan kesejahteraan negara.

ATAS
Accessbility Option