Temu bual Selamat Pagi Malaysia (SPM) Bersama Ketua Setiausaha KPWKM
9 Mac 2026
YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM pada pagi ini bersiaran secara langsung di rancangan Selamat Pagi Malaysia bagi mengupas dengan lebih lanjut mengenai Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 10 Mac 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Bertemakan “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara” beliau turut menyentuh mengenai pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh KPWKM dalam memartabat dan memperkasa wanita di Malaysia. Turut dikongsi ialah pengisian menarik yang bakal diadakan esok iaitu:
- Forum Agenda Wanita Negara
- Temu duga terbuka
- Jualan RAHMAH
- Bengkel Seni Kreatif
- Reruai Perkhidmatan Agensi Kerajaan dan Swasta
- Jualan raya
Ayuh bersama tunjukkan sokongan anda dengan hadir beramai-ramai esok di Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026!