LENSA KPWKM

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN KEMENTERIAN (JTPK) BILANGAN 6 TAHUN 2026 DI BAWAH KPWKM

Mesyuarat      22 Jun 2026      PLPP, Bangi    

KPWKM Pastikan 50 Program/Projek Pembangunan Capai Manfaat Maksimum

22 Jun 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memperhebat pemantauan ke atas pelaksanaan 50 program dan projek pembangunan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) Tahun 2026 bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan berteraskan kepentingan rakyat.

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) KPWKM Bilangan 6 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha, KPWKM telah meneliti secara mendalam kesemua status kemajuan program dan projek pembangunan sedia ada supaya pelaksanaannya sentiasa berada di landasan yang tepat, seiring dengan aspirasi Year of Fast Execution, Impactful Results.

Dalam masa yang sama, manfaat untuk rakyat merupakan keutamaan tertinggi KPWKM. Oleh itu, Kementerian sedang giat mempercepatkan pelaksanaan projek-projek Low-Hanging Fruits / Cakna MADANI yang berupaya memberikan hasil segera (quick wins). Komitmen ini jelas mencerminkan usaha serius KPWKM dalam memberikan impak positif yang nyata kepada kehidupan rakyat.

Selain itu, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff juga telah diberikan taklimat oleh perunding utama bagi Projek Menaik Taraf Pembaikan dan Penyelenggaraan Premis Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor dan diteruskan dengan sesi lawatan tapak projek bagi meninjau status kemajuan fizikal di tapak berkenaan.

Turut hadir, YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPWKM.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil Agensi Pusat daripada Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

ATAS
Accessbility Option