LENSA KPWKM

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF SIRI 2/2026 - REFLEKSI PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM CONVENTION ON THE RIGHTS OF THE CHILD (CRC): PERSPEKTIF KPWKM

Program      10 Februari 2026      Kuala Lumpur    

Program Bicara Eksekutif Siri 2/2026 - Refleksi Penglibatan Malaysia Dalam Convention On The Rights Of The Child (CRC): Perspektif KPWKM

10 Februari 2026

Pada 22 - 23 Januari 2026, Malaysia telah menyertai sesi penilaian dan dialog bersama Committee on the Rights of the Child di Geneva Switzerland, yang merupakan platform penting bagi menilai kemajuan, cabaran serta komitmen negara dalam melaksanakan CRC.

Institut Sosial Malaysia (ISM) mengambil inisiatif menganjurkan Program Bicara Eksekutif yang menyediakan ruang perkongsian pengalaman dan pandangan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM mengenai penglibatan Malaysia dalam CRC, di samping memperkukuh pemahaman terhadap pelaksanaan CRC di Malaysia berasaskan empat teras utama iaitu:

- Hak untuk berkembang
- Hak untuk perlindungan
- Hak untuk penyertaan
- Hak untuk hidup dan kelangsungan hidup

Sebagai instrumen hak asasi manusia yang komprehensif, CRC menetapkan obligasi negara untuk memastikan setiap kanak-kanak menikmati hak tanpa diskriminasi, dilindungi daripada sebarang bentuk penderaan dan eksploitasi, diberi peluang untuk berkembang secara menyeluruh, serta didengari pandangan mereka dalam perkara yang melibatkan kepentingan diri mereka.

Penglibatan ini bukan sahaja mencerminkan akauntabiliti Malaysia di peringkat antarabangsa, malah membuka ruang refleksi kritikal terhadap dasar, perundangan dan pelaksanaan program berkaitan kanak-kanak di peringkat nasional.

Diharapkan program ini dapat memperkukuh kefahaman warga KPWKM dan pemegang taruh terhadap kepentingan CRC serta menterjemahkan dapatan dan pengajaran daripada penglibatan di Geneva ke dalam konteks dasar, latihan dan amalan sosial di Malaysia.

ATAS
Accessbility Option