Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025
30 Ogos 2025
Hari ini, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM bersama YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) serta warga KPWKM telah menghadiri Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Majlis anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ini telah berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dan dihadiri lebih 4,000 orang tetamu terdiri daripada penjawat awam, anggota badan beruniform, pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi, belia, usahawan serta warga kerja swasta.
YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menegaskan bahawa kebajikan serta kesejahteraan rakyat mesti menjadi agenda utama negara. Beliau juga menyeru masyarakat untuk menghayati erti kemerdekaan yang sebenar dengan mengekalkan keamanan, memperkukuh perpaduan, serta memperjuangkan nilai keadilan dan kesejahteraan untuk semua.