6th ASEAN Joint Disaster Response Plan (AJDRP) Workshop
12 - 14 November 2025
6th ASEAN Joint Disaster Response Plan (AJDRP) Workshop telah berlangsung pada 12-14 November 2025 di Hotel Le Meridien Jakarta Indonesia. Bengkel ini diadakan dengan kerjasama Global Affairs Canada melalui Projek ASEAN-PRIME dan ASEAN-BRACE dan diurusetiakan oleh AHA Centre (ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian on Disaster Management). KPWKM telah diwakili oleh Puan Siti Norhasma binti Mat Isa, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan.
Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada para peserta senario keempat bencana rantau ASEAN iaitu bencana banjir rentas sempadan berfokus di kawasan Lembangan Sungai Mekong Bawah melibatkan negara Viet Nam, Lao PDR, Thailand dan Cambodia.
Situasi baru bencana yang dikenal pasti ini memerlukan tindak balas operasi bencana rentas sempadan antara Negara ASEAN yang memerlukan pengukuhan koordinasi pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders), mobilisasi sumber dan pelan kontigensi.
Sebagai wakil kepada SOMSWD, KPWKM telah dilibatkan di dalam perbincangan secara berkumpulan bersama wakil SOMSWD Negara ASEAN yang lain berkaitan jurang kapasiti dan peranan serta amalan terbaik dari aspek kebajikan dan pembangunan masyarakat setiap negara dan sumbangan yang bersesuaian di dalam situasi bencana rentas sempadan.
SOMSWD juga terlibat di dalam sesi perbincangan berkumpulan mengikut negara bersama wakil NADMA, SOMHD Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia dan beberapa NGO yang berpengalaman di dalam misi bantuan kemanusiaan seperti MERCY, Pertubuhan Ihsan Negeri Johor dan Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia berkaitan modul-modul di dalam the ASEAN Standby Arrangements Module yang perlu ditambahbaik dari aspek kapasiti negara Malaysia serta mengemukakan cadangan baru kepada AHA Centre.
Peringkat dunia amnya dan Negara ASEAN khususnya berhadapan dengan situasi bencana yang semakin kompleks memerlukan tindak balas pelbagai sektor dan adalah diharapkan SOMSWD Malaysia berpeluang untuk menyumbang bakti dari aspek kapasiti kebajikan dan pembangunan masyakarat di dalam pengurusan bencana rantau ASEAN.