LENSA KPWKM

MALAM ALUNAN KASIH SERIKAN HARI PERTAMA SAMBUTAN NBKK26

Program      6 November 2026      Selangor    

MALAM ALUNAN KASIH SERIKAN HARI PERTAMA SAMBUTAN NBKK26

Malam Alunan KASIH menjadi antara acara kemuncak hari pertama Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 (NBKK26) pada 6 November 2026, dengan pengisian kerohanian dan persembahan hiburan yang menyemarakkan suasana penuh kasih sayang serta kebersamaan.

Bertemakan “Membugar Kasih, Menyemai Cinta”, sesi ceramah yang disampaikan oleh Sahibul Fadilah Dato’ Dr. Badli Shah Alauddin menyentuh hati para pengunjung menerusi perkongsian ilmu, kisah teladan serta pengajaran kehidupan berteraskan nilai-nilai Islam. Pengisian ini turut menekankan kepentingan kasih sayang, komunikasi dan tanggungjawab dalam membentuk institusi keluarga yang harmoni dan sejahtera.

Kemeriahan malam diteruskan dengan persembahan istimewa daripada Halim Ahmad dan Zul Handyblack yang menghiburkan para pengunjung, selain acara cabutan bertuah yang menambahkan keterujaan sepanjang program berlangsung.

Malam Alunan KASIH bukan sekadar platform hiburan, malah menjadi wadah menyemai nilai kasih sayang, memperkukuh hubungan kekeluargaan serta menggalakkan masyarakat menghargai masa berkualiti bersama insan tersayang.

Turut hadir memeriahkan program ialah YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM; YBhg. Dato’ Ruziah Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM; YBrs. Encik Mohd Daud Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPWKM serta barisan pengurusan tertinggi KPWKM, Jabatan dan Agensi di bawah kementerian.

ATAS
Accessbility Option