LENSA KPWKM

MALAYSIA TEGUH MEMPERKASA WANITA DI APEC WEF 2025

Mesyuarat      12 Ogos 2025      Korea    

Malaysia Teguh Memperkasa Wanita di APEC WEF 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menghadiri Mesyuarat Menteri 2025 APEC Women and the Economy Forum (WEF) di Songdo Convensia, Incheon, Republik Korea pada 12 Ogos 2025. Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh penyertaan ekonomi wanita melalui respon berkesan terhadap perubahan demografi dan transformasi digital.

Dalam sesi Public–Private Dialogue on Women and the Economy (PPDWE), perbincangan merangkumi pengukuhan sistem penjagaan dan keseimbangan kerja-kehidupan, penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan akses dan kualiti perkhidmatan penjagaan, pengiktirafan nilai kerja penjagaan, serta peluang teknologi baharu dan AI dalam memperluas peranan wanita, menutup jurang digital gender dan memastikan persekitaran digital yang selamat.

Sesi High-level Policy Dialogue on Women and the Economy (HLPDWE) pula menekankan strategi untuk menjadikan perubahan demografi dan transformasi digital sebagai pemangkin kepada penyertaan penuh wanita agar setara dan bermakna dalam kepimpinan, ekonomi melalui dasar serta kerjasama strategik dan tadbir urus yang kukuh.

Mesyuarat diakhiri dengan WEF Farewell Dinner yang mengeratkan hubungan antara ekonomi anggota APEC. Malaysia kekal komited memperkasa wanita melalui inovasi dasar, pembangunan kemahiran digital dan kerjasama antarabangsa demi pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

ATAS
Accessbility Option