LENSA KPWKM

5TH INTERFACE MEETING BETWEEN AICHR WITH ACWC

Mesyuarat      11 Disember 2025      KPWKM    

5th Interface Meeting of AICHR with ACWC

11 Disember 2025

5th Interface Meeting of the ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) with the ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC) telah diadakan secara dalam talian pada 11 Disember 2025. Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Encik Edmund Bon, Pengerusi AICHR dan wakil Malaysia ke AICHR dengan Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, Pengerusi ACWC dan Wakil (Hak Kanak-kanak) ACWC Malaysia.

Sewaktu mesyuarat ini, wakil AICHR dan ACWC telah saling berkongsi berhubung program-program yang telah dan bakal dilaksanakan merangkumi antara lain pembangunan:

a) Regional Plan of Action on Elimination of Violence Against Women (ASEAN RPA on EVAW) 2026 - 2035;
b Regional Plan of Action on Elimination of Violence Against Children (ASEAN RPA on EVAC) 2026 - 2035;
c) Regional Guidance Note on Disability Inclusion in Violence Against Women and Girls Policies and Programs;
d) ASEAN Declaration on the Right to a Safe, Clean, Healthy and Sustainable Environment; dan
e) ASEAN Declaration on Promoting the Right to Development and the Right to Peace Towards Realising Inclusive and Sustainable Development.

AICHR dan ACWC juga telah berbincang berhubung jalinan kerjasama bagi program-program:

a) Enhancing the Gender-responsive Treatment of Prisoners in ASEAN;
b) Building Capacity for Effective Civil Registration and Vital Statistics in ASEAN for Women and Children;
c) Promoting Gender Equality and Social Inclusion in Climate Action Planning; dan
d) Stock taking and aligning AICHR & ACWC’s programs & priorities.

Selain wakil-wakil AICHR & ACWC Negara Anggota ASEAN, mesyuarat ini telah turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

ATAS
Accessbility Option