Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK BAGI MEMBINCANGKAN PENGANJURAN MAJLIS BERBUKA PUASA MADANI 2025

Program      6 March 2025      PERAK    

YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bagi membincangkan penganjuran dan penyelarasan Majlis Berbuka Puasa MADANI 2025.

Majlis Berbuka Puasa MADANI 2025 ini dijadualkan berlangsung pada 14 Mac 2025 di Sekolah Kebangsaan Dato’ Alaudin, Selinsing, Perak.

Turut sama hadir ialah YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan YBrs. Encik Mohd Hanapi bin Mohammad Hanipah, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, KPWKM.

ATAS
Accessbility Option