LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS PEMBANGUNAN PELAN TINDAKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL KEBANGSAAN (PEKERTI) 2026- 2030 SIRI 2

Program      23 September 2026      KPWKM    

SESI LIBAT URUS PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL KEBANGSAAN (PEKERTI) 2026–2030 SIRI 2

23 September 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), telah menganjurkan Sesi Libat Urus (SLU) Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) 2026–2030 Siri 2 bertempat di Dewan Perdana Nur, KPWKM.

SLU ini merupakan platform penting untuk memurnikan draf Pelan Tindakan PEKERTI 2026–2030 melalui perkongsian pandangan, cadangan dan idea daripada pelbagai pemegang kepentingan. Setiap input yang dikemukakan akan menjadi asas penting dalam memperkukuhkan kandungan serta hala tuju pelan tindakan tersebut.

Penganjuran dua siri SLU ini diharapkan dapat menghasilkan Pelan Tindakan PEKERTI 2026–2030 yang komprehensif, relevan dan responsif terhadap isu-isu semasa berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh kesejahteraan keluarga dan komuniti.

Sesi ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Hairil Fadzly Md Akir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), LPPKN. Turut serta Pengarah-Pengarah LPPKN Negeri serta wakil Kementerian, Agensi dan rakan-rakan NGO pemegang berkepentingan.

ATAS
Accessbility Option