LENSA KPWKM

ASEAN HIGH-LEVEL FORUM ON UNLOCKING THE SILVER ECONOMY

Program      3 Jun 2026      Filipina    

ASEAN HIGH-LEVEL FORUM ON UNLOCKING THE SILVER ECONOMY

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyertai ASEAN High-Level Forum on Unlocking the Silver Economy yang berlangsung pada 3 hingga 4 Jun 2026 di Pasay City, Filipina. Forum ini dianjurkan oleh SOMSWD Filipina dengan kerjasama UNFPA.

Delegasi Malaysia diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KPWKM yang juga mewakili SOMSWD Malaysia. Turut serta ialah YBrs. Dr. Zulhizzam bin Haji Abdullah dari Kementerian Kesihatan Malaysia mewakili SOMHD Malaysia, Puan Rafea’ah binti Nahar dari Kementerian Sumber Manusia mewakili SLOM Malaysia, serta Puan Nur Izzati binti Mazlan dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KPWKM.

Forum ini menjadi platform penting yang menghimpunkan pembuat dasar, pemimpin sektor swasta, wakil masyarakat sivil dan pakar akademik bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam aspek penjagaan dan sokongan warga emas, di samping membangunkan ASEAN Framework on Unlocking the Silver Economy.

Dalam sesi Perbincangan Teknikal bagi pengesahan ASEAN Framework on Unlocking the Silver Economy, Malaysia telah menyatakan sokongan penuh terhadap rangka kerja tersebut. Malaysia turut menekankan kepentingan sinergi antara badan sektoral ASEAN, khususnya SOMSWD, SOMHD dan SLOM, bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan dan menyeluruh.

Selain itu, Malaysia mencadangkan agar elemen perlindungan warga emas daripada ancaman siber dan penipuan dalam talian dimasukkan dalam rangka kerja tersebut, selaras dengan perkembangan pesat pendigitalan di rantau ASEAN.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan KPWKM dalam memastikan warga emas terus dilindungi, dihargai dan diperkasa sebagai aset penting yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara serta kesejahteraan komuniti ASEAN.

ATAS
Accessbility Option