LENSA KPWKM

SESI TAKLIMAT BERKAITAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL KEPADA AHLI PARLIMEN DAN AHLI JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN

Mesyuarat      7 Julai 2026      Parlimen    

SESI TAKLIMAT RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL (RUU PKS) KEPADA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS DAN AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

7 Julai 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan Sesi Taklimat Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial (RUU PKS) kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat (JPK) serta Ahli-Ahli Dewan Rakyat di Parlimen.

Sesi taklimat ini bertujuan memberikan penerangan berhubung cadangan penggubalan RUU PKS yang akan mewujudkan satu kerangka perundangan dan tadbir urus yang komprehensif bagi mengawal selia profesion kerja sosial di Malaysia.

Penggubalan RUU ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh profesionalisme pekerja sosial, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan sosial serta memastikan perlindungan dan kesejahteraan masyarakat terus diperkasa. Taklimat ini juga merupakan sebahagian daripada persediaan bagi pembentangan RUU PKS di Dewan Rakyat pada 13 hingga 16 Julai 2026.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPWKM. Turut hadir ialah YBrs. Encik Asmar Asmadi bin Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KPWKM, wakil Penasihat Undang-Undang KPWKM, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, pegawai Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik serta pegawai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Melalui sesi ini, KPWKM berharap Ahli-Ahli Dewan Rakyat mendapat pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai kepentingan penggubalan RUU PKS sebagai asas kepada pembangunan profesion kerja sosial yang lebih tersusun, berintegriti dan selaras dengan keperluan semasa negara.

ATAS
Accessbility Option