Sesi Libat Urus Antara KPWKM Bersama Kerajaan Negeri Sarawak Mengenai Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak
15 Ogos 2025
YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menerima kunjungan rasmi daripada Kerajaan Negeri Sarawak yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Muhammad Abdullah bin Haji Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) bagi mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) Mengenai Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
Sesi Libat Urus ini dilihat dapat memperkukuhkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan khususnya berkaitan aspek kebajikan masyarakat yang dilaksanakan bersama antara Kerajaan Persekutuan melalui KPWKM dan Kerajaan Negeri Sarawak.