LENSA KPWKM

1,482 PENGAMAL BERTAULIAH RANCAKKAN INDUSTRI PENJAGAAN PASCA BERSALIN

Program      24 Julai 2025      Selangor    

1,482 Pengamal Bertauliah Rancakkan Industri Penjagaan Pasca Bersalin

24 Julai 2025

Program Penjagaan Ibu Selepas Bersalin MamaCare bukan sahaja mengangkat amalan tradisional penjagaan ibu selepas bersalin secara profesional, malah memberikan pulangan ekonomi kepada pengamal serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan ini.

Seramai 1,482 wanita berumur antara 20 hingga 73 tahun telah berjaya ditauliahkan dengan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 (DKM4) melalui program MamaCare anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang juga merupakan antara inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Penganugerahan ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam Majlis Konvokesyen MamaCare Kali Ke-4 yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Sejak diperkenalkan, program MamaCare telah melatih seramai 2,661 wanita mahir dan hampir 60,000 wanita di seluruh negara menerima manfaat perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin daripada pengamal terlatih MamaCare.

Program MamaCare yang diiktiraf di bawah National Occupational Skills Standard (NOSS), dibangunkan dengan kerjasama Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) serta Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam mendepani kekurangan tenaga kerja mahir dan menyokong aspirasi Malaysia MADANI.

ATAS
Accessbility Option