Second Meeting of the Policy Partnership on Women and the Economy 2025 (PPWE II)
KPWKM terus mengangkat suara wanita Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan sebagai focal point nasional dalam Second Meeting of the Policy Partnership on Women and the Economy 2025 (PPWE II) yang berlangsung pada 9–10 Ogos 2025 di Incheon, Republik Korea.
Bertemakan “Building a Sustainable Tomorrow”, PPWE II memberi tumpuan kepada empat bidang utama di bawah teras “Connect, Innovate, and Prosper” iaitu menghapuskan diskriminasi ekonomi wanita, memacu inovasi inklusif dan peralihan hijau, memperkasa ekonomi penjagaan, serta memperkukuh kerjasama rentas jawatankuasa APEC.
Pada hari pertama persidangan, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, telah berkongsi pelbagai inisiatif Malaysia termasuk Dasar Pembelajaran Sepanjang Hayat (APEL), Dasar Wanita Negara 2025–2030, Rancangan Malaysia Ke-13, pengukuhan ekonomi penjagaan, serta penguatkuasaan Akta Gangguan Seksual 2022.
Selain itu, KPWKM melalui YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha, telah membentangkan perkembangan dua projek APEC di bawah Policy Partnership on Women and the Economy (PPWE) yang diterajui Malaysia. Projek PPWE - Advancing Sustainability Adoption Among Women-Owned Enterprises dilaksanakan bersama Universiti Malaya bagi meningkatkan keupayaan perusahaan milik wanita dalam amalan kelestarian dan kajian berkaitan Women-Led Innovations in Waste Management and Circular Economy yang dijalankan bersama China, Singapura dan Chinese Taipei memberi fokus kepada usaha memperkasa usahawan wanita dalam ekonomi kitaran dan pengurusan sisa.
Kedua-dua projek ini menyasarkan sekurang-kurangnya 80% penyertaan wanita serta sokongan pakar, selaras dengan visi APEC untuk membina ekonomi hijau, inklusif dan berdaya tahan di rantau Asia Pasifik.