LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT TKSU OPERASI KPWKM KE ATAS SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH (SUP) SEMPENA KEMBARA KASIH KPWKM 2025

Lawatan      8 Mei 2025      Sabah    

Bahang persiapan Program Kembara KASIH KPWKM 2025 edisi Sabah semakin terasa.

Hari ini, Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha Operasi (TKSU O) KPWKM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Seri Rosli Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah di Kota Kinabalu.

Kunjungan ini diadakan bagi memberikan taklimat berkaitan pelaksanaan program Kembara KASIH KPWKM yang akan dilaksanakan di Sabah bermula 16 hingga 25 Mei 2025.

SUP menyampaikan penghargaan kepada KPWKM atas inisiatif program Kembara KASIH ini dan komited memberikan sokongan penuh kepada pelaksanaan program yang pastinya akan memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Program Kembara KASIH KPWKM 2025 edisi Sabah akan singgah di 6 daerah iaitu Tuaran, Papar dan Penampang bagi Zon 1 bermula 16 hingga 18 Mei 2025.

Zon 2 pula akan bermula dari 22 hingga 24 Mei 2025 bagi daerah Kunak, Lahad Datu dan Tawau.

ATAS
Accessbility Option