LENSA KPWKM

KPWKM RANGKUL ANUGERAH THE ASEAN PR EXCELLENCE AWARDS BAGI KATEGORI SOCIAL IMPACT AWARD DALAM KUALA LUMPUR INTERNATIONAL PR CONFERENCE 7 (KLIP7)

Program      7 Julai 2025      Kuala Lumpur    

KPWKM Rangkul Anugerah The ASEAN PR Excellence Awards Bagi Kategori Social Impact Award dalam Kuala Lumpur International PR Conference 7 (KLIP7)

7 Julai 2025

KPWKM sekali lagi melakar sejarah apabila dianugerahkan The ASEAN PR Excellence Awards 2025 bagi kategori Social Impact Award di Kuala Lumpur International PR Conference (KLIP7) hari ini. YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM telah mewakili Kementerian bagi menerima anugerah tersebut.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada usaha-usaha KPWKM melalui jabatan dan agensinya sebagai peneraju utama pembangunan sosial negara dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif dan program berkaitan pembangunan sosial kepada masyarakat dan berjaya disebarluaskan melalui aktiviti promosi dan publisiti media oleh Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM. Ia juga mencerminkan komitmen berterusan KPWKM dalam memperjuangkan hak wanita, keluarga dan masyarakat sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Pelbagai kategori anugerah diumumkan pada persidangan KLIP7 ini dan pemenang terdiri daripada penggiat dan pemain industri komunikasi dan perhubungan awam dari rantau ASEAN.

Pada tahun ini, KLIP7 membawakan pelbagai pengisian berimpak tinggi yang penuh inspirasi dan menghimpunkan pakar-pakar komunikasi dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Australia, New Zealand, Filipina, Hong Kong, Vietnam, dan Singapura. Pelbagai perkongsian menarik diadakan dengan mengupas topik-topik mengenai evolusi perhubungan awam (PR) dan komunikasi dalam era Kecerdasan Buatan (AI). Persidangan ini juga telah membuka ruang perbincangan berkaitan cabaran, peluang serta strategi inovatif yang boleh diterokai dalam dunia komunikasi moden yang didorong oleh teknologi.

Warga KPWKM komited mempraktikkan strategi komunikasi yang efektif dan berkesan dalam usaha menyampaikan maklumat yang tepat, telus, dan berkesan kepada kumpulan sasar Kementerian.

Anugerah ini juga diharapkan dapat memacu usaha KPWKM dalam memperkukuh landskap komunikasi dan perhubungan awam Kementerian di peringkat serantau bagi memastikan peranan KPWKM sebagai peneraju pembangunan sosial negara dapat dipromosikan.

ATAS
Accessbility Option