LENSA KPWKM

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA STRATEGIK KPWKM KE INSTITUSI-INSTITUSI JKM

Lawatan      11 Ogos 2025      Selangor    

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha Strategik KPWKM Ke Institusi-institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat

11 Ogos 2025

YBrs. Encik Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik KPWKM telah mengadakan lawatan kerja ke tiga buah institusi yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu:

~Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu

- Institusi yang dikhaskan kepada Orang Kurang Upaya yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan.

~Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu

- Ditubuhkan untuk memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada golongan rentan yang sakit dan uzur dalam suasana yang selesa dan tenteram.

~Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah

- Memberi jagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak lelaki berusia antara 12 - 18 tahun yang berkeperluan.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau pengoperasian institusi, melihat infrastruktur dan kemudahan yang disediakan serta mendengar cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh kakitangan dan petugas dalam menguruskan penghuni-penghuni di institusi.

Segala cadangan dan pandangan dalam sesi lawatan ini diambil perhatian bagi memastikan kakitangan dan petugas institusi terus dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka yang memerlukan dan bekerja dalam suasana kerja yang kondusif.

ATAS
Accessbility Option