LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT TYT NEAK OKNHA DATUK DR OTHSMAN HASSAN KE ATAS YBM KPWKM

Mesyuarat      7 April 2026      KPWKM    

Kunjungan Hormat TYT Neak Oknha Datuk Dr Othsman Hassan Ke Atas YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

7 April 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Neak Oknha Datuk Dr Othsman Hassan, Senior Minister in Charge of Special Mission (Islamic Affairs), Kemboja, di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Putrajaya.

Sesi kunjungan hormat ini merupakan platform untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkasa wanita, meningkatkan kepimpinan wanita serta memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Kemboja dalam mempromosikan kesaksamaan gender dan pembangunan wanita di peringkat nasional dan antarabangsa.

TYT Neak Oknha Datuk Dr Othsman Hassan telah berkongsi mengenai perkembangan komuniti Islam di Kemboja khususnya peranan dan kepimpinan wanita dalam sektor awam, pendidikan, keusahawanan dan politik. Beliau turut menyampaikan hasrat untuk meneroka peluang kerjasama dengan pihak KPWKM dalam pembangunan program pengupayaan wanita Muslim di Kemboja.

KPWKM menyambut baik inisiatif untuk memartabatkan kedudukan wanita melalui perkongsian pengalaman dan amalan-amalan terbaik Malaysia dalam memperkukuh pemerkasaan wanita Muslim di Kemboja.

Turut hadir bersama ialah YBrs. Tuan Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), serta pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPWKM.

ATAS
Accessbility Option