LENSA KPWKM

HARI PERTAMA DAN KEDUA PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2025 (SMP2025) PERINGKAT KEBANGSAAN

Program      18 Julai 2025      Pulau Pinang    

Rangkuman foto Hari Pertama dan Kedua Program Sambutan Minggu Perpaduan 2025 (SMP2025) Peringkat Kebangsaan di Reruai KPWKM.

17-20 Julai 2025 (Khamis-Ahad)
Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan

Sambutan hangat diberikan oleh rakyat Pulau Pinang yang rata-rata ingin tahu mengenai inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan sempena SMP2025 kali ini adalah

Talian Kasih 15999

Advokasi Talian Kasih 15999 - Hebahan dan penerangan mengenai fungsi dan kesiapsiagaan perkhidmatan Talian Kasih untuk membantu masyarakat.

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

Pameran Akta Antigangguan Seksual, Pendaftaran Skuad Waja, Pendaftaran KasihnITa, Produk LaWa dan Usahawan PPWNPP

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Semakan dan permohonan bantuan JKM
Pendaftaran dan penukaran kad OKU
Pendaftaran Sukarelawan JKM
Pendaftaran e-Warga Emas

Pendaftaran Info Bencana JKM dan konsultasi perkhidmatan-perkhidmatan lain JKM

Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS YKN)

Perkhidmatan intervensi, sokongan psikososial dan konsultasi profesional

LPPKN- Perkhidmatan Bergerak

Pemeriksaan kesihatan, Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe)

Ayuh anda yang berada di Pulau Pinang dan sekitarnya. Datang beramai-ramai dan rasai kemeriahan penuh warna dan budaya di SMP 2025.

Pakat mai ramai-ramai na!

ATAS
Accessbility Option