LENSA KPWKM

DARI SEKOLAH KE KOMUNITI - PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK PPR KERINCHI DIBUKA

Program      9 Ogos 2025      Kuala Lumpur    

DARI SEKOLAH KE KOMUNITI - PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK PPR KERINCHI DIBUKA

9 Ogos 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK), PPR Kerinchi, Kuala Lumpur hari ini.

PAKK merupakan usaha berterusan KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam memperluaskan pelaksanaan program advokasi kanak-kanak yang sebelum ini dijalankan di sekolah-sekolah kepada 30 buah PAKK di seluruh Malaysia.

PAKK berfungsi sebagai pusat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan yang berkaitan dengan pencegahan, perlindungan, perkembangan, dan penyertaan kepada kanak-kanak.

PAKK PPR Kerinchi kini dibuka secara rasmi dan kanak-kanak dikawasan ini mempunyai ruang bermain, belajar & membesar dalam persekitaran yang selamat.

ATAS
Accessbility Option