LENSA KPWKM

KPWKM SOKONG INISIATIF NGO MEMPERKASA KANAK-KANAK CEREBRAL PALSY

Program      5 Julai 2026      Sarawak    

KPWKM Sokong Inisiatif NGO Memperkasa Kanak-Kanak Cerebral Palsy

5 Julai 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyampaikan ucaptama bersempena Wishesland Kuching’s Charity Food Fair 2026 yang diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong keperluan anak-anak Cerebral Palsy.

Dalam ucapannya, YB Menteri menegaskan bahawa KPWKM komited memastikan setiap OKU mendapat hak, peluang dan akses yang saksama kepada perkhidmatan, pendidikan, pemulihan serta penyertaan penuh dalam masyarakat.

Usaha memperkasakan komuniti Cerebral Palsy bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ia memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak termasuk NGO, sektor swasta, institusi pendidikan, komuniti dan masyarakat bagi mewujudkan ekosistem yang lebih inklusif dan mesra OKU.

KPWKM merakamkan penghargaan kepada Wishesland atas komitmen berterusan dalam memperjuangkan kebajikan kanak-kanak dengan Cerebral Palsy. Bagi menyokong usaha murni ini, sebanyak RM30,000 telah disumbangkan kepada Persatuan Cerebral Palsy Bahagian Kuching dan Samarahan untuk membantu pelaksanaan program dan aktiviti persatuan yang akan memberi manfaat kepada anak-anak Cerebral Palsy serta keluarga mereka.

Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa kerjasama erat antara kerajaan dan NGO mampu memperkukuh sistem sokongan kepada OKU sekali gus membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

ATAS
Accessbility Option