21st ASEAN GO-NGO Forum on Social Welfare and Development
8 September 2026
21st ASEAN GO-NGO Forum on Social Welfare and Development yang dipengerusikan oleh Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development (SOMSWD) Cambodia, telah berlangsung secara dalam talian bertemakan “Strengthening Social Service for People in Vulnerable Situations Towards a More Inclusive, Empowered, and Caring Society”.
Malaysia telah diwakili oleh Encik Wong Yoon Loong, Presiden Gabungan Persatuan Orang Cacat Malaysia yang menyampaikan pembentangan mengenai “Enhancing Multi-Sectoral Partnerships in Social Welfare and Development” bagi Sesi Refleksi Negara. Beliau telah berkongsi mekanisme yang diguna pakai di Malaysia dalam memperkukuhkan sistem perkhidmatan sosial termasuk bantuan bersasar kepada kumpulan rentan khususnya golongan Orang Kurang Upaya.
Selain itu, beliau turut memberi penekanan mengenai pendekatan whole-of-government dan whole-of-society , melalui sinergi antara Kerajaan, NGO/organisasi masyarakat sivil, sektor swasta, keluarga dan komuniti setempat bagi memastikan perkhidmatan sosial disampaikan secara lebih inklusif, mudah diakses, responsif, bersepadu dan berteraskan keperluan rakyat. Penglibatan bermakna kumpulan rentan dalam proses membuat keputusan dasar adalah penting bagi memastikan sistem perkhidmatan sosial menepati keperluan rakyat.
Forum tersebut dihadiri oleh wakil Kerajaan (SOMSWD) dan NGO dari setiap Negara Anggota ASEAN. Delegasi Malaysia terdiri daripada wakil Bahagian Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Keluarga, Bahagian Kesejahteraan Masyarakat, Bahagian Hubungan Antarabangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Turut hadir ialah lima NGO dari Malaysia iaitu Gabungan Persatuan Orang Cacat Malaysia, Persatuan Membantu OKU Malaysia, Persatuan Orang Buta Malaysia, The National Autism Society of Malaysia and Persatuan Kebajikan Suara Kanak-Kanak Malaysia.