LENSA KPWKM

7TH MEETING OF THE ASEAN NETWORK OF EXPERTS ON INCLUSIVE ENTREPRENEURSHIP FOR ASEAN (7TH NIEA MEETING)

Mesyuarat      28 Ogos 2025      KPWKM    

7TH MEETING OF THE ASEAN NETWORK OF EXPERTS ON INCLUSIVE ENTREPRENEURSHIP FOR ASEAN (7TH NIEA MEETING)

28 Ogos 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) telah menghadiri 7th Meeting of the ASEAN Network of Experts on Inclusive Entrepreneurship for ASEAN (7th NIEA Meeting) secara dalam talian.

Malaysia semasa memberikan intervensi menekankan kepentingan agar inisiatif yang digerakkan oleh NIEA ini digabung jalin dan dijadikan sebahagian daripada program/aktiviti dalam rangka baharu SOMSWD Work Plan 2026-2030. Menerusi usaha tersebut inisiatif untuk membangunkan golongan Orang Kurang Upaya turut dapat diberi perhatian sewajarnya.

Mesyuarat umumnya membincangkan hala tuju NIEA dan SOMSWD dalam menggalakkan pembangunan inklusif, mempromosikan penyertaan orang kurang upaya dan golongan rentan, serta menyokong pertumbuhan keusahawanan sosial dalam kalangan Negara Anggota ASEAN.

Semasa sesi terbuka dengan rakan strategik, UNESCAP dan ADF/IFES/AGENDA telah membentangkan refleksi dan amalan terbaik bagi mempromosikan keusahawan inklusif serta bidang-bidang berpotensi untuk jalinan kolaborasi strategik bersama dengan Negara Anggota ASEAN.

Mesyuarat turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Faridah binti Awang, Timbalan Ketua Pengarah JPW, YBrs. Dr. Satish Ranggayah, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa KPWKM serta pegawai-pegawai dari KPWKM, JKM dan LPPKN.

ATAS
Accessbility Option