LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS CADANGAN PENSTRUKTURAN SEMULA DAN PENGUKUHAN PERJAWATAN KPWKM FASA KEDUA TAHUN 2025

Mesyuarat      26 September 2025      Kuala Lumpur    

Sesi Libat Urus Cadangan Penstrukturan Semula dan Pengukuhan Perjawatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Fasa Kedua Tahun 2025

26 September 2025

Sesi Libat Urus Cadangan Penstrukturan Semula dan Pengukuhan Perjawatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Fasa Kedua Tahun 2025 bersama-sama Bahagian Perjawatan dan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam telah diadakan dengan jayanya.

Sesi libat urus ini diadakan untuk membincangkan dan memperhalusi cadangan penstrukturan semula dan pengukuhan perjawatan KPWKM dalam usaha ke arah memperkukuhkan struktur dan pengoperasian di KPWKM pada masa kini, di samping mengambil kira peranan KPWKM di masa depan.

Peranan KPWKM dari tahun ke tahun terus meningkat dan diperluaskan selari dengan keperluan semasa, pertambahan dan kompleksiti beban tugas yang merentas Kementerian dan Agensi serta penglibatan aktif Kementerian di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Pelaksanaan fasa kedua ini penting kerana melibatkan keseluruhan struktur organisasi dan perjawatan di bawah Sektor Strategik KPWKM dalam usaha memperkasakan peranan Kementerian selaku peneraju utama dalam perkhidmatan sosial Negara.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) serta Setiausaha Bahagian dan pegawai-pegawai kanan sektor strategik, KPWKM.

ATAS
Accessbility Option