MESYUARAT KOORDINASI KPWKM DAN UNICEF
17 Mac 2026
YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi UNICEF Malaysia yang diketuai oleh Ms. Sanja Saranovic.
Pertemuan ini menzahirkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang kebajikan dan perlindungan kanak-kanak. Antara topik yang menjadi fokus perbincangan termasuklah Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC), peluasan program Family-Based Care (FBC), inisiatif Alternatif kepada Tahanan Imigresen (ATD) serta kebajikan kanak-kanak berkeperluan khas.
KPWKM amat menghargai sokongan berterusan UNICEF serta kekal komited untuk menjalin kerjasama erat demi memperkukuh sistem perlindungan kanak-kanak dan memastikan kebajikan kumpulan sasar kementerian terus terpelihara.
Turut hadir dalam sesi ini ialah wakil-wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Bahagian Kolaborasi Strategik dan Bahagian Hubungan Antarabangsa.