LENSA KPWKM

MAJLIS RAMAH MESRA RAMADAN YB MENTERI KPWKM BERSAMA KUMPULAN SASAR TAHUN 2026

Program      6 Mac 2026      Sarawak    

MAJLIS RAMAH MESRA RAMADAN YB MENTERI KPWKM BERSAMA KUMPULAN SASAR TAHUN 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah hadir menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Ramadan Bersama Kumpulan Sasar KPWKM Tahun 2026.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri telah menyantuni seramai 180 orang anak-anak serta penghuni institusi di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui penyampaian sumbangan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Kumpulan sasar yang diraikan terdiri daripada warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak serta golongan asnaf dan anak yatim.

Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan KPWKM dalam memastikan kebajikan golongan yang memerlukan sentiasa diberi perhatian dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan setiap individu hidup dalam persekitaran yang selamat, dihormati dan tidak ketinggalan.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Puan Nordina binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Encik Rizal IL- Ehzan Fadip Azim, CEO Alliance Islamic Bank, Encik Zulkarnain Ismail, Pegawai Daerah Lundu dan Rakan-Rakam Strategik KPWKM.

ATAS
Accessbility Option