LENSA KPWKM

PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Aktiviti      28 Julai 2026      KPWKM    

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan

28 Julai 2026

Hari ini, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM bersama barisan Pengurusan Tertinggi dan warga KPWKM telah mengikuti Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan secara dalam talian.

Perjumpaan ini menjadi wadah bagi YAB Perdana Menteri menyampaikan amanat serta menggariskan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkukuh sistem pendidikan negara selari dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menegaskan bahawa pihak sekolah perlu menguruskan isu buli secara telus dan bertanggungjawab tanpa bersikap melindungi atau menyembunyikan kejadian demi menjaga reputasi institusi. Beliau menekankan bahawa setiap kes disiplin hendaklah ditangani dengan tegas dan berintegriti bagi memastikan kebajikan serta keselamatan murid dan pelajar sentiasa terpelihara, di samping mengelakkan insiden yang sama daripada berulang.

Kerajaan akan terus komited memberi perhatian terhadap aspek keselamatan, kebersihan, disiplin dan kualiti persekitaran pembelajaran di institusi pendidikan agar semua murid dan pelajar dapat mengikuti proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif, selamat dan sejahtera.

Beliau turut menyeru masyarakat untuk meningkatkan penguasaan bahasa, terutama Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, di samping tidak mengetepikan kepentingan Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain sebagai medium komunikasi serta akses kepada ilmu di peringkat global.

Penyertaan warga KPWKM dalam perjumpaan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong usaha kerajaan memperkukuh sistem pendidikan negara yang inklusif, berkualiti dan mampan demi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

ATAS
Accessbility Option