Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 Perak
15 Jun 2025
Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak menutup tirai pada hari ketiga dengan berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Lumut Waterfront.
Perak merupakan destinasi ketiga penganjuran PMR 2025 selepas Tawau dan Johor. Program ini menyasarkan 100,000 orang pengunjung selama tiga hari penganjurannya dengan menawarkan pelbagai pengisian menarik yang menghimpunkan perkhidmatan, aktiviti interaktif, jualan dan pameran sesuai untuk semua peringkat umur.
Terima kasih orang-orang Perak yang hadir merancakkan program khususnya mereka yang masih membanjiri reruai KPWKM walaupun sudah memasuki hari terakhir program. Kehadiran anda adalah bukti bahawa rakyat Malaysia sentiasa menyokong inisiatif murni yang dibawa Kerajaan MADANI untuk manfaat bersama.