KUNJUNGAN HORMAT KPMKR SABAH KE ATAS KPWKM
7 November 2025
Yang Berusaha Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah yang diketuai oleh YBhg. Datuk Maria Chong.
Sesi ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dan menjalin kerjasama strategik antara KPWKM dan KPMKR, khususnya dalam memperkasa pembangunan sosial serta kesejahteraan rakyat di seluruh negara.
KPWKM amat mengalu-alukan jalinan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sebagai usaha bersama ke arah kesejahteraan masyarakat yang lebih menyeluruh dan holistik.
Turut hadir, pegawai-pegawai kanan daripada agensi di bawah KPWKM.