LENSA KPWKM

PROGRAM CERIA KASIH YKN DAN SUMBANGAN BACK TO SCHOOL SESI PERSEKOLAHAN 2026

Program      14 Disember 2025      Sarawak    

Program Ceria Kasih YKN dan Sumbangan Back to School Sesi Persekolahan 2026

14 Disember 2025

Bagi meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dan memastikan anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan 2026 dengan lebih bersemangat, KPWKM melalui Yayasan Kebajikan Negara menganjurkan Program Ceria Kasih YKN dan Sumbangan Back to School Sesi Persekolahan 2026. Program ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN.

Program yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan seramai 700 murid dari Kuching dan Lundu. Melalui inisiatif ini, setiap murid menerima baucar pakaian dan kasut sekolah tajaan Yayasan Kebajikan Negara dan Yayasan Sime Darby, beg sekolah dan alat tulis sumbangan PEKEMA, serta susu UHT tajaan Dutch Lady Milk Industries.

Antara pengisian lain program hari ini ialah ceramah bertajuk “Berdiri Teguh, Tangani Buli Bersama” yang dikendalikan oleh kaunselor Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) YKN. Selain itu, terdapat juga sesi perkongsian daripada agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Bahagian D11 PDRM serta sesi
pendidikan nutrisi oleh Dutch Lady Malaysia.

Diharapkan anak-anak yang menerima sumbangan pada hari ini terus bersemangat untuk belajar dan mengejar kecemerlangan dalam pendidikan.

ATAS
Accessbility Option