LENSA KPWKM

PELAKSANAAN AGENDA REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM (ARPA) KPWKM

Mesyuarat      26 Februari 2026      KPWKM    

PELAKSANAAN AGENDA REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM (ARPA) KPWKM

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan ARPA Bil. 1/2026 yang berlangsung pada 26 Februari 2026 memperlihatkan kesepakatan jitu seluruh warga KPWKM dalam memperkasa Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam. Kehadiran Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Wakil-Wakil Bahagian, serta agensi utama seperti JKM, LPPKN, JPW, ISM dan TAGS membuktikan komitmen tinggi Kementerian dalam menjayakan agenda reformasi ini.

Sesi ini menjadi lebih signifikan dengan amanah baharu yang digalas oleh YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), sebagai Chief Reform Officer (CRO) KPWKM yang baharu bagi meneruskan kesinambungan agenda reformasi kementerian.

Perkara utama yang ditekankan dalam pertemuan ini adalah Sesi Taklimat ARPA yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Mohd Said dari Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri. Taklimat tersebut bertujuan memberikan input teknikal serta pandangan strategik bagi memastikan inisiatif yang dibangunkan sentiasa selari dengan Kerangka ARPA Nasional.  

Melalui sinergi ini, KPWKM komited memastikan setiap gerak kerja dijajarkan sepenuhnya dengan kerangka pemantauan PACU bagi mengelakkan pertindihan fungsi serta mengoptimumkan sumber sedia ada. Lebih membanggakan, buat julung kalinya dalam sejarah, salah satu inisiatif KPWKM telah berjaya dipilih untuk diletakkan di bawah pemantauan nasional, menandakan satu anjakan besar dalam sumbangan kementerian terhadap agenda reformasi negara.

KPWKM kini bersedia melangkah lebih jauh demi memastikan perkhidmatan awam yang lebih efisien, kompetitif, dan dihormati.  

ATAS
Accessbility Option