LENSA KPWKM

MAJLIS 2ND ASIA ACEANIASOCIETY OF PAEDIATRIC & ADOLESCENT GYNAECOLOGY (AOSPAG)

Program      12 September 2025      Kuala Lumpur    

2nd Asia Oceania Society of Paediatric and Adolescent Gynaecology (AOSPAG) Congress

12 September 2025

KPWKM telah diberi penghormatan untuk merasmikan 2nd Asia Oceania Society of Paediatric and Adolescent Gynaecology (AOSPAG) Congress yang berlangsung hari ini di Kuala Lumpur.

Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, yang mewakili Timbalan Menteri KPWKM.

Remaja kini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk kehamilan di usia remaja. KPWKM melalui LPPKN bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, serta para profesional perubatan untuk membina sistem perlindungan yang lebih kukuh. Dalam masa yang sama, Malaysia juga memberi tumpuan kepada cabaran demografi seperti penurunan kadar kesuburan, dengan memperluas rawatan kesuburan mampu milik, bantuan kewangan dan gaya hidup mesra keluarga.

Setiap gadis hari ini adalah wanita masa depan, ibu masa depan, dan asas kepada kekuatan keluarga serta masyarakat. Dengan memberi peluang dan sokongan kepada mereka, kita sedang membina asas keluarga yang lebih utuh, negara yang lebih makmur, dan rantau yang lebih berdaya tahan.

Seminar ini turut mendapat kerjasama daripada Universiti Watan Kita, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Akademi Perubatan Malaysia.

ATAS
Accessbility Option