LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT KSU KPWKM KE ATAS YBM SUK KELANTAN

Lawatan      5 Mei 2026      Kelantan    

KUNJUNGAN HORMAT KSU KPWKM KE ATAS YBM SUK KELANTAN

5 Mei 2026

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj b. Tengku Feissal di Mabna MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.

Kujungan hormat ini bertujuan membincangkan aspek pembangunan infrastuktur, kebajikan dan sosial di bawah kecekapan penyampaian perkhidmatan KPWKM yang akan memanfaatkan rakyat Negeri Kelantan.

KPWKM terus komited untuk memperkasa kesejahteraan masyarakat melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan dan inklusif.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Pembangunan KPWKM, Puan Syahidatul Aazimah binti Ahmad Sidique, Pengarah JKMN Kelantan, Encik Samsuzuki bin Che Noh, Puan Haslinda binti Hassan, Pengarah Negeri LPPKN Kelantan dan Puan Nik Farhan binti Muhaimin Pengarah Pembangunan Wanita Negeri.

ATAS
Accessbility Option