Hari Kedua Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan
8 Ogos 2025
Hujung minggu menyaksikan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan terus dipenuhi dengan kehadiran orang-orang Kelantan yang datang memeriahkan suasana hari kedua PMR 2025 Kelantan.
Petugas-petugas di reruai Jabatan dan Agensi KPWKM kekal ceria dan bersemangat menyantuni setiap pengunjung yang hadir bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan.
-245 pengunjung mendapatkan bantuan melalui saluran yang tepat dengan mengunjungi kaunter Talian Kasih 15999.
-290 individu memilih untuk mendapatkan sokongan menerusi sesi kaunseling ad-hoc di Pusat Sokongan Sosial Setempat YKN bagi meringankan beban
-113 orang mengambil berat terhadap kesihatan diri dengan menjalani ujian saringan kesihatan dan advokasi
-551 pengunjung mendapat pendedahan berkaitan Keganasan Rumah Tangga, Skuad WAJA dan Tribunal Antigangguan Seksual
KPWKM juga berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di reruai KPWKM. Reruai turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) yang hadir memberikan sokongan kepada barisan petugas di reruai KPWKM yang tidak kenal erti penat dan sentiasa bersedia menyampaikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan masyarakat.
Berbaki sehari lagi sebelum PMR 2025 Kelantan menutup tirainya. Ayuh mereka yang berada di Kota Bharu dan sekitarnya. Tunjukkan semangat MADANI anda! Kita gegarkan Stadium Sultan Muhammad IV hari terakhir esok!!