LENSA KPWKM

ABAC MALAYSIA CARE ECONOMY ROUNDTABLE 2026

Program      8 Jun 2026      Kuala Lumpur    

ABAC Malaysia Care Economy Roundtable 2026

8 Jun 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyampaikan ucaptama sempena ABAC Malaysia Care Economy Roundtable 2026 yang bertemakan “The Care Economy as a Driver of Economic Growth”.

Dalam ucapannya, YB Menteri menekankan bahawa ekonomi penjagaan perlu dilihat sebagai agenda strategik negara yang bukan sahaja menyokong kesejahteraan sosial, malah berperanan meningkatkan penyertaan tenaga kerja, produktiviti dan daya tahan ekonomi.

Beliau turut menekankan keperluan memperkukuh sistem penjagaan yang lebih inklusif, mudah diakses dan mampan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga.

KPWKM komited dalam memperkukuh ekosistem penjagaan negara melalui pelaksanaan Malaysia Care Strategic Framework and Action Plan 2026-2030, program latihan Caregiving TVET (MTVET) serta pembangunan Standard Penjagaan Kebangsaan bagi Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Program ini menghimpunkan pemegang taruh daripada sektor kerajaan, industri, akademia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan persatuan yang berkaitan bagi membincangkan pendekatan strategik ke arah memperkukuh ekonomi penjagaan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

Turut hadir, YBhg Dato’ Hazimah Zainuddin, ABAC Malaysia Permanent Member Group Executive Chairman of Hyrax Oil Sdn Bhd, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM dan Mr. Robert Gass, UNICEF Representative to Malaysia.

ATAS
Accessbility Option