LENSA KPWKM

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN ANTARA LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA DAN AIRASIA AVIATION MANAGEMENT SERVICES

Program      9 Jun 2026      Selangor    

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Antara Lembaga Kaunselor Malaysia Dan AirAsia Aviation Management Services

9 Jun 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memperkukuh agenda kesejahteraan mental melalui pengukuhan jaringan kerjasama strategik yang menyokong kesiapsiagaan dan daya tahan masyarakat dalam menghadapi situasi krisis serta kecemasan.

Hari ini, YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan AirAsia Aviation Management Services Sdn. Bhd. di Sepang.

Kerjasama yang terjalin sejak tahun 2016 membuktikan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh sokongan psikososial serta perkhidmatan kesihatan mental sebagai sebahagian daripada mekanisme pengurusan krisis negara.

Melalui kerjasama ini, kaunselor berdaftar di bawah LKM akan bersedia memberikan intervensi awal, sokongan psikososial dan perkhidmatan kaunseling kepada individu yang terkesan semasa berlakunya insiden kecemasan atau bencana.

Inisiatif ini turut melengkapi usaha berterusan KPWKM dalam memperkasa perkhidmatan kesihatan mental melalui pelbagai platform sokongan termasuk perkhidmatan kaunseling dan Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam sehari.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh keupayaan tindak balas negara, di samping menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih berdaya tahan, prihatin dan sejahtera.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Tuan Haji Sadli bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Kaunselor Malaysia, Kapten Suresh Bangah, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia Group, wakil-wakil daripada Kementerian dan ahli pengurusan AirAsia.

ATAS
Accessbility Option