Malaysia Perkukuh Kerjasama Serantau dalam Agenda Wanita dan Ekonomi di PPWE 2026
Pada hari ini, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menghadiri hari ke-2, Mesyuarat Policy Partnership on Women and the Economy (PPWE) 2026.
YBhg. Datuk Dr. KSU menjadi panel bagi sesi Panel 3 bertajuk Promoting Entrepreneurship and Employment: Empowering Women in the Economy’ . Sesi panel ini membincangkan usaha memperkasa penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan dan pekerjaan bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam ekonomi serantau.
Di samping itu, delegasi Malaysia turut menyertai bengkel ‘PPWE Project Workshop: Modernization of the Care Economy’ yang dikendalikan oleh Australia bagi membincangkan usaha pemodenan ekonomi penjagaan serta pengukuhan ekosistem sokongan kepada wanita dan keluarga.
YBhg. Datuk Dr. KSU turut ditemu bual oleh berita China, Global Television Network (CGTN) bagi berkongsi pandangan Malaysia mengenai usaha memperkasa wanita serta kepentingan meningkatkan penyertaan wanita dalam pembangunan ekonomi dan sosial.
Penglibatan Malaysia dalam pelbagai sesi perbincangan dan perkongsian strategik di bawah PPWE 2026 memperlihatkan kesungguhan negara dalam memperluas kerjasama serantau serta memperkasa peranan wanita sebagai pemacu pembangunan ekonomi yang inklusif dan berdaya tahan.