LENSA KPWKM

KPWKM PACU TRANSFORMASI DIGITAL - AI UNTUK SEMUA

Program      21 Ogos 2025      KPWKM    

KPWKM Pacu Transformasi Digital - AI Untuk Semua

21 Ogos 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini telah menganjurkan Hari Digital 2025 bertemakan “AI untuk Semua (AI4U)” yang dirasmikan oleh YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KPWKM. Program ini diadakan bertujuan untuk memacu agenda transformasi digital di peringkat kementerian yang dilaksanakan melalui kolaborasi kementerian termasuk jabatan dan agensi di bawahnya.

Objektif utama Hari Digital ini juga adalah bagi:

*Memupuk Pembudayaan Digital
- Menyemarakkan penggunaan teknologi digital dan mempromosikan pemikiran “digital-first” dalam kalangan warga KPWKM untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

*Meningkatkan Kesedaran dan Kemahiran Digital
- Memberikan pendedahan dan latihan mengenai inisiatif digital serta meningkatkan kemahiran dan literasi siber penjawat awam, selaras dengan agenda Kerajaan Digital.

*Memacu Inovasi dan Transformasi
- Memperkenalkan teknologi-teknologi baharu seperti AI, IoT, dan Pengkomputeran Awan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan awam.

Menerusi majlis ini, KPWKM turut menerima Kiosk MyDigital ID untuk kemudahan warga kerja Kementerian bagi memastikan MyDigital ID masing-masing sentiasa aktif dan boleh digunakan. Kiosk ini juga boleh digunakan oleh para pelanggan kementerian dan agensi, orang awam serta warga kerja kementerian dan agensi lain yang berhampiran.

Antara pengisian lain program hari ini adalah Taklimat Keselamatan ICT, Pameran Produk dan Perkhidmatan ICT, Perkongsian Produk ICT dan Kuiz ICT.

Penganjuran Hari Digital ini merupakan komitmen KPWKM dalam membangunkan ekosistem digital yang inklusif dan lestari demi kemajuan wanita, keluarga, dan masyarakat.

ATAS
Accessbility Option