Sesi Networking Breakfast 2025 Global Summit of Women
4 Julai 2025
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menghadiri sesi Networking Breakfast sempena 2025 Global Summit of Women (GSW) di Berlin, Jerman. Semasa sesi ini, para delegasi dari 60 buah negara berpeluang untuk saling bertukar pandangan dan membuat jaringan kerjasama.
Sesi Networking Breakfast ini merupakan antara komponen penting persidangan GSW kerana memudahkan cara jaringan, perbincangan dan kerjasama antara semua ahli delegasi termasuk dalam kalangan Menteri, Pengarah-pengarah Eksekutif dan usahawan.
Sesi ini turut menemukan delegasi dan panel berprofil tinggi dari pelbagai sektor. Antara delegasi berprofil tinggi yang hadir ialah Hon. Kobkarn Wattanavrangkul, Naib Pengerusi Thai Chamber of Commerce; Mdm. Ann Sherry, Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Australia dan Mdm. Chantal Line Carpentier, Ketua Cawangan Perdagangan, Alam Sekitar dan Perubahan Cuaca, UNCTAD Kanada.
Turut hadir sama dalam perbincangan adalah YBhg. Datuk Dr Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.