Forum AI She Leads @ 8th Kuala Lumpur International PR Conference
9 Jun 2026
Wanita bukan sekadar pengguna teknologi, malah mampu membentuk masa depan digital negara.
Hari ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Forum AI She Leads di Kuala Lumpur.
Dalam ucaptamanya, beliau menegaskan bahawa wanita bukan sekadar perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi baharu, malah memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju teknologi.
Beliau turut berkongsi tiga fokus utama dalam memperkasa wanita ke arah masa depan digital yang lebih inklusif, termasuk memperluas akses kepada teknologi, meningkatkan literasi digital dan AI serta memperkukuh kepimpinan wanita dalam pelbagai sektor.
KPWKM terus komited memperkasakan wanita melalui pelbagai inisiatif seperti Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS), Wanita Gigabit, KIRANA, Program ‘Iron Women’ dan Wanita Bangkit Bersasar yang bertujuan meningkatkan kemahiran, menjana ekonomi serta kepimpinan wanita.
Dalam masa yang sama, YB Menteri juga menekankan kepentingan penggunaan AI yang beretika dan bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan pengguna, mengelakkan penyebaran maklumat palsu serta menjadi sasaran manipulasi digital.